TENTANG KAMI

GMYS diasaskan pada tahun 2008 di bandar bersejarah Klang. Visi kami adalah untuk menjadi tempat sehenti membeli peralatan rumah walet untuk pengusaha rumah burung walet. Kami berusaha untuk menyediakan semua barang yang diperlukan: amplifier, tweeter, mesin kabus, aroma walet, kayu sudut, peralatan untuk mencuci sarang burung. Apa-apa persoalan adalah amat dialu-alukan di sini. Kedai kami melayani pelanggan yang datang ke kedai dan juga menyambut pesanan online melalui Whatsapp, Facebook, Shopee atau Lazada (anda boleh mencari maklumat ini di halaman 'Hubungi Kami'. Tiada pesanan yang terlalu kecil ataupun terlalu besar. Kalau anda masih tidak pasti sama ada mahu melabur sebagai pengusaha rumah burung walet dan ingin mengetahui kos-kos, kami boleh menyediakan quotation dan nasihat tentang peralatan rumah walet. Kalau perlu, kami juga boleh memberi nasihat tentang peralatan yang perlu digunakan, kuantitinya dan cara untuk menggunakannya.

About swiftlet farming 

Swiftlet farming has been practiced in Malaysia for over 5 decades and in our neighboring country, Indonesia, decades longer. In recent years, it has become a popular investment choice due to the high market price of edible bird nest (which ranges from RM3,000 to RM4,500 depending on the quality). It is the practice of harvesting bird nests made from the saliva of swiftlets (Aerodramus fuciphagus) after the baby swiftlets have flown away from the nest. Back in the olden days, swiftlets made their nest in big caves (their natural habitat) and people had to risk their lives to climb up in the process of harvesting. Over the years, swiftlet farmers have started to build swiftlet houses to imitate the conditions of the cave in doing so, have successfully lured swiftlets into nesting in their bird houses. The planks in the bird houses are not too high, hence it is easier and safer to harvest the nest. This practice brings mutual benefits to both swiftlets and people, as - for swiftlets they have a safe place to nest and for people, the profits from the bird nest.

TENTANG PROSES CUCI SARANG

Rumah burung walet sudah mula diusahakan di Malaysia selama lebih daripada 5 dekad dan di Indonesia, untuk masa yang lebih panjang. Perusahaan rumah burung walet menjadi semakin popular beberapa tahun ini kerana harga pasaran sarang burung yang tinggi (harga dari RM3,000 sehingga RM4,500 bergantung pada kualitinya). Perusahaan ini melibatkan aktiviti mengambil/menuai sarang burung yang diperbuat daripada air liur burung walet (Aerodramus fuciphagus) selepas anak-anak walet untuk sudah terbang daripada sarang. Pada masa dahulu, burung walet lazimnya membuat sarang dalam gua-gua dan orang yang menuai sarang burung perlu memanjat tali yang tinggi untuk proses penuaian. Dalam masa bertahun-tahun, pengusaha burung walet mula membina rumah walet yang menyerupai keadaan dalam gua, dan telah berjaya memikat burung walet tinggi dalam rumah tersebut. Papan walet yang digunakan dalam rumah tidak setinggi yang dalam gua, oleh itu, proses penuaian sarang burung menjadi lebih senang dan selamat. Bidang ini membawa manfaat kepada burung walet (kerana burung ada tempat yang selamat untuk tinggal dan membuat sarang) dan kepada pengusaha rumah walet (untuk mendapatkan rezeki) pada masa yang sama.